Pada 7 Mac yang baru lalu saya telah turut serta dan merasmikan Program Jalinan Mesra 1Malaysia anjuran UMNO Cawangan Kg Hj Abdullah Hukum dengan kerjasama Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga serta Madrasah Nurul Huda.

Program ini boleh juga dianggap satu Program Juara Rakyat kerana ia melibatkan penduduk setempat serta disertai penduduk berbilang kaum. Program ini menghayati sepenuhnya wawasan 1Malaysia Perdana Menteri kita.

Antara program yang diadakan termasuk forum perdana, sukaneka, kempen derma darah,bantuan kerusi roda pada mereka yang kurang upaya dan sebagainya. Tahniah kepada penganjur dan semua yang bertungkus-lumus berusaha menjayakan program hebat ini!